ARKIB : 12/11/2001
KETUA pasukan bola sepak
kebangsaan, Ahmad Shahrul Azhar masih bersikap tunggu dan lihat dengan sebarang
tawaran untuk menggunakan khidmatnya apabila kontraknya tamat bulan depan.
Masih kecewa dengan kegagalan
membantu Perak mempertahankan Piala Malaysia, Ahmad Shahrul memberitahu bahawa
ketika ini dia hanya mahu menggunakan cuti dua minggu yang diberikan oleh
majikannya untuk menenangkan fikiran dan menghabiskan lebih banyak masa bersama
keluarga.
``Belum ada mana-mana pasukan
yang terlintas di fikiran saya,'' katanya ketika di hubungi di Ipoh.
``Saya cuma ingin berehat
ketika ini. Musim lepas ialah tempoh yang sangat panjang dan begitu meletihkan,
saya perlukan rehat sekarang,'' tambahnya.
Selain bermain untuk Perak,
Ahmad Shahrul turut beraksi bersama skuad kebangsaan dalam kelayakan Piala
Dunia di Hong Kong dan Qatar. Sebelum itu, pemain berusia 28 tahun itu turut
terbabit dalam perlawanan beberapa persahabatan termasuk di Fiji dan dengan
Manchester United di Bukit Jalil.
Bagaimanapun, pemain tengah itu
berkata, hatinya masih terikat dengan Perak.
``Tetapi, tengoklah bagaimana
tawaran mereka,'' ujarnya.
Mengenai desas-desus dia cuba
dipancing oleh pasukan lain Ahmad Shahrul menafikan.
Tetapi dari jawapannya jelas
ada pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya.
``Saya tak mahu komen
mengenainya,'' katanya menjawab soalan.
Jawapannya itu menjelaskan lagi
bahawa cintanya kepada skuad Seladang masih mendalam, tetapi masih bersikap
tunggu dan lihat dengan tawaran yang bakal mendatanginya.
SUMBER=Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bpF5DxYg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan