Sabtu, 8 Februari 2020

Perak umum pemain minggu ini


SUKAN»Bola
Jumaat, 1 Disember 2017 | 9:15pm

SETIAUSAHA Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Ahmad Shahrul Azhar Sofian serah keputusan muktamad pada jawatankuasa tertinggi persatuan dan Durakovic sendiri. - Foto Abdullah Yusof
Perak umum pemain minggu ini
Oleh Azizan Hashim
sukanteam@nstp.com.my
IPOH: Perak akan mengumumkan barisan pemain pasukan Liga Super 2018, Rabu atau khamis ini.

"Insya-Allah kita akan umumkan pada Rabu atau Khamis nanti," kata Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Difahamkan, pembentukan pasukan Perak 2018 hampir lengkap cuma menunggu perbincangan akhir antara Abdul Puhat dengan jurulatih, Mehmet Durakovic.

Perak mengekalkan majoriti pemain musim 2017 termasuk beberapa pemain berprofil tinggi.

Setiausaha Kehormat PAFA, Ahmad Shahrul Azhar Soffian berkata, keputusan muktamad terletak di tangan jawatankuasa tertinggi persatuan dan Durakovic sendiri.

Katanya, Durakovic baru pulang dari bercuti di Australia dan akan mengadakan perbincangan Abdul Puhat dalam tempoh terdekat.

"Hanya mereka yang boleh buat keputusan muktamad mengenai siapa yang akan menyarung jersi Perak.

"Mehmet juga mungkin mempunyai calon pemain yang mahu digunakannya untuk musim 2018 nanti.

"PAFA tidak mahu dipersalahkan jika berlaku sesuatu yang tidak kena pada pasukan nanti," katanya.[1]



[i1 https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/12/357653/perak-umum-pemain-minggu-ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan