Di Stadium Berakas, Bandar Seri
Begawan, Negeri Sembilan yang mengharapkan kemenangan besar untuk memintas
Pahang sebaliknya kecundang 2-3 kepada Brunei.
Begitu pun, Negeri Sembilan
lebih dulu mengejutkan pasukan tuan rumah menerusi jaringan pemain tengah,
Ahmad Shahrulazhar Sofian pada minit ke-28 tetapi pemain import, Mohd. Brian
Iman menyamakan kedudukan pada minit ke-41.
Skuad Rusa kembali mendahului
apabila penyerang kebangsaan, Zami Mohd. Nor menyumbat masuk gol kedua pada
minit ke-58.
Fadlin Gelawat kembali
menceriakan penyokong tuan rumah apabila berjaya menyamakan kedudukan pada
minit ke-60 sebelum Brian sekali lagi meledakkan jaringan kemenangan empat
minit kemudian.
Kemenangan Brunei bagaimanapun
kurang memberi makna tetapi mereka mempunyai peluang untuk merebut tempat ke
Piala Malaysia menerusi play-off.
Sebaliknya, kekalahan Negeri
Sembilan menyaksikan peluang mereka untuk sekurang-kurangnya merebut tempat
selaku naib juara liga musnah.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_02.htm#ixzz4RvQM0PHQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan