ARKIB : 19/01/2001
Masalah jurulatih dari Britain
itu dibebankan lagi dengan nasib yang menimpa Ahmad Shahrul Azhar, ketua
pasukan yang telah bertindak cemerlang mengemudi gerakan skuad negara pada
Kejohanan Piala Tiger di Thailand November lepas.
Pemain tengah dan ketua pasukan
Perak itu masih tidak dapat menjalani latihan penuh bersama rakan-rakannya
kerana masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan kaki yang memaksanya
berehat panjang.
Ketika ini, Ahmad Shahrul hanya
mampu menjalani latihan ringan di tepi padang.
"Saya masih belum menemui
pemain yang menunjukkan ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi jurumudi
pasukan,'' kata Harris di Kelana Jaya semalam. Beliau bagaimanapun tidak
bimbang dengan keadaan itu.
"Mereka masih belum
menunjukkan perwatakan sebenar masih-masing selepas bercuti panjang,'' jelas
beliau. "Saya yakin tidak lama lagi saya akan mendapat pemain yang
dicari-cari.''
Pasukan kebangsaan sedang
menjalani latihan pusat di Kelana Jaya sebagai persiapan menjelang pusingan
kelayakan Piala Dunia 2002.
Malaysia diletakkan dalam
kumpulan 10 bersama-sama Qatar, Palestin dan Hong Kong. Cabaran pusingan
pertama bermula di Hong Kong pada 3 hingga 8 Mac manakala pusingan kedua akan
dilangsungkan di Doha, Qatar pada 20 hingga 25 Mac
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_04.htm#ixzz4bMOKRFsK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan