ARKIB : 08/11/1998
NEGERI Sembilan menempah tiket ke perlawanan separuh
akhir Piala Malaysia apabila menewaskan Kuala Lumpur 3-1 di Stadium Paroi malam
tadi.
Keputusan pada perlawanan itu sekali gus memadamkan
impian Kuala Lumpur malah pasukan itu tersingkir daripada kempen Piala Malaysia
musim ini.
Gol kemenangan Negeri Sembilan diperoleh menerusi
pemain Zami Mohd. Noor pada minit ke-9 dan 41 manakala gol terakhir Negeri
Sembilan menerusi A. Ganeson pada minit ke-73.
Sementara itu, gol sagu hati Kuala Lumpur pula
diperoleh pada minit ke-47 menerusi G. Muthu.
Gol Skuad Rusa berpunca daripada sepakan percuma yang
diambil oleh Faizal Zainal terus ke gawang.
Namun penjaga gol Kuala Lumpur Azmin Azram yang cuba
mendakap bola terlepas daripada genggaman dan Zami yang berada di dalam kotak
penalti terus merembat kencang menggegar jaring.
Skuad Kuala Lumpur yang bermain dengan strategi off
sideternyata agak berkesan tetapi kesilapan menjatuhkan pemain Negeri
Sembilan Sharul Akram membolehkan Negeri Sembilan memperoleh sepakan percuma
dari jarak 20 meter.
Faizal melorong bola ke Pedro Olievera ke dalam kotak
penalti, Pedro yang tidak dikawal membuat hantaran lintang ke arah Zami sebelum
bola dikuis masuk.
Kuala Lumpur memperoleh gol pertama mereka menerusi G.
Muthu yang berjaya memperdayakan Yazid dalam gerakan solo akibat daripada
kecuaian pemain pertahanan Negeri Sembilan, Khairil Zainal.
Sorakan padu oleh 7,000 penyokong Negeri Sembilan
ternyata membakar semangat anal-anak buah M. Karathu untuk mencipta serangan
demi serangan ke arah kubu Kuala Lumpur.
Pada minit ke-73, pemain pertahanan Ganeson menambah
kedudukan Negeri Sembilan apabila menyumbang gol ketiga.
NEGERI SEMBILAN: FAIZAL zainal, B.
Rajnikandh, Ching Hong Aik, Pedro Oliveira, ahmad shahrul, Zami Mohd. Noor,
Khairil Zainal, Shamsul akmar, Effandy Abdul Malek, Mohd. Yazid Mohd. Yassin.
KUALA LUMPUR: Azmin Azram, Azlan
Meri, Ahmad Faizal, M. Karunakaran, P. Saravanan, Adilson Roque, G. Muthu,
Azmir Noor Hakim, S. Paidiya Rao, Azlan Hussin, Liew Kim Tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan