Selasa, 23 April 2019 | 10:57pm
SEBAHAGIAN bekas pemain Perak
mengadakan mesyuarat di Ipoh. - Foto FB Megat Rosli
Legenda Perak beraksi di Ipoh
Sabtu ini
IPOH: Lebih 50 bekas pemain Perak
yang pernah mengharumkan nama pasukan negeri itu satu masa dahulu bakal
berkumpul di padang Jalan Abdul Jalil Sabtu, di sini, bagi menjayakan aksi
persahabatan menentang Veteran BH Massa FC dari Kuala Lumpur.
Antaranya adalah Azizul Abu
Hanifah, Abu Bakar Fadzim, Mohd Ali Jinnah, Megat Rosli, Wan Ahmad Kamal,
Nidzam Adzha Yusof, Ahmad Shahrul Azhar, Liew Kit Kong, Zaidi Napiah, Karim
Pin, Nanthakumar dan Isham Saharuddin.
Jurucakap penganjur, Megat Rosli
berkata perlawanan persahabatan itu yang dijadual bermula jam 8 malam, antara
lain bertujuan mengeratkan silaturahim antara sesama pemain veteran terbabit
selepas sekian lama tidak bersua.
LEGENDA Perak dijangka turun
beraksi menentang Veteran BH Massa FC dari Kuala Lumpur, Sabtu ini. - Foto FB
Megat Rosli
"Kami sedang berusaha
mengumpul lebih ramai lagi bekas pemain yang masing-masing membawa haluan
sendiri. Anda nak lihat aksi dan beramah dengan pemain tengah terbaik, Azizul
dan pemain di gelar 'Kinta Ekspres' P Ravindran boleh datang ke sini dan tiada
bayaran,” katanya.
Megat berkata setakat ini lebih
57 bekas pemain sudah menyatakan persetujuan untuk turut serta pada perlawanan
berkenaan.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Selasa,
23 April 2019 | 10:57pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan