ARKIB :
16/01/1998
PEMAIN tengah
Perak, Ahmad Shahrul Azhar masih bermain teka-teki sama ada ingin terus
menyarung jersi skuad Seladang atau beraksi dengan pasukan lain dalam Liga
Perdana musim akan datang.
KAMARUDDIN
ISMAIL melaporkan, kontrak Shahrul telah berakhir pada Disember lalu, tetapi
beliau masih belum menandatangani kontrak baru dengan skuad Seladang itu.
Pengurus
pasukan, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar meminta pemain tengah itu datang
dengan segera untuk menandatangani kontrak baru.
Raja Ahmad
tidak tahu mengapa Shahrul masih belum muncul untuk mengesahkan kedudukannya
sebagai pemain Perak musim akan datang.
Sukan Utusan
difahamkan Shahrul cuba meminta kenaikan gaji yang lebih tinggi daripada pihak
pengurusan Perak menyebabkan pemain tengah itu masih belum menurunkan
tandatangannya.
Shahrul juga
dikatakan menerima tawaran yang lebih baik daripada beberapa pasukan termasuk
Kuala Lumpur dan sekali gus pemain tersebut terpaksa membuat pertimbangan yang
mendalam.
''Saya
berharap Shahrul tidak mungkir janji kerana beliau sudah berjanji akan terus
kekal di sini,'' kata Raja Ahmad.
Sebelum ini,
perpindahan Chee Wan Hoe ke Pulau Pinang dan Syamsol Saad ke Terengganu
dikaitkan dengan rasa tidak puas hati kedua-dua pemain itu terhadap jumlah gaji
yang mereka terima.
Raja Ahmad
berkata, Wan Hoe tidak bersedia gajinya dikurangkan walaupun pemain pertahanan
itu lebih banyak memanaskan bangku simpanan sahaja.
Wan Hoe
menerima gaji hampir RM9,000 itu merupakan pemain tempatan yang paling mahal
musim lalu.
Namun begitu,
gajinya dikurangkan hampir 50 peratus tahun ini menyebabkan beliau mengambil
keputusan berpindah ke Pulau Pinang.
'' Gaji
pemain-pemain Perak tahun ini adalah berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh
mereka sepanjang musim lalu,'' ujarnya.
'' Saya tidak
boleh meletakkan bayaran gaji yang terlalu tinggi ke atas pemain-pemain yang
hanya memberi sedikit sumbangan musim lalu,'' kata Raja Ahmad.
Syamsol juga
tidak berpuas hati dengan tawaran gaji barunya menyebabkan pertahanan itu
beralih angin ke pantai timur yang menawarkan gaji lumayan.
SUMBER-Artikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4FQ2CBsME
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan