ARKIB : 16/08/2007
KUALA LUMPUR Perlis gagal
mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang mereka menangi musim lalu apabila
dibelasah Perak 5-1 pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Perak, semalam.
Keputusan itu menyaksikan
Perlis tersingkir dengan kekalahan agregat 3-5 walaupun menang 2-0 di tempat
sendiri minggu lalu.
Perak ternyata berpesta gol
untuk ke separuh akhir menerusi jaringan Ahmad Shahrul Azhar (m-21), Khalid
Jamlus (m-52), K. Nanthakumar (pen-59), Daniel Fadzli Abdullah (m-68) dan Keita
Mandjou (m-79).
Manakala gol tunggal Perlis
dijaringkan Manzoor Azwira pada masa kecederaan.
Selangor turut gagal ke separuh
akhir selepas tewas tipis 0-1 kepada Terengganu dalam perlawanan di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Gol kemenangan tuan rumah
dijaringkan Zairul Anuar Zailani seawal minit ke-2 untuk membolehkan Terengganu
menang menerusi kemenangan agregat 3-2.
Pada perlawanan suku akhir
pertama di Stadium Shah Alam minggu lalu, kedua-dua pasukan terikat 2-2.
Kedah pula membelasah teruk
Melaka dengan kemenangan agregat 10-1 selepas menang 4-0 dalam perlawanan suku
akhir kedua, semalam.
Walaupun selesa bertandang ke
Stadium Hang Jebat berbekalkan kemenangan 6-1 di tempat sendiri minggu lalu,
Kedah ternyata turun tanpa belas kasihan.
Naib juara tahun lalu, Negeri
Sembilan pula gagal mempertahankan kelebihan satu gol minggu lalu apabila tumpas
1-3 kepada Sabah pada suku akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Sabah ternyata menggunakan
kesempatan beraksi di tempat sendiri untuk bangkit dengan tiga gol untuk menang
agregat 3-2.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4vOOqJn9R
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan