Rabu, 1 Ogos 2018 | 9:03pm
AHMAD Shahrul Azhar Sofian
Adly Shah pengurus baru Perak
Oleh Azizan Hashim
sukanteam@nstp.com.my
IPOH: Timbalan Presiden Persatuan
Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Adly Shah Ahmad Tah dilantik sebagai pengurus
baharu skuad Liga Super menggantikan Ahmad Shahrul Azhar Sofian mulai hari ini.
Pelantikan itu disahkan oleh Presiden PAFA,
Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, ketika diminta mengulas mengenai isu yang
sedang hangat diperkatakan peminat skuad Perak itu.
Hasnul Zulkarnain juga mengumumkan pelantikan
Naib Presiden III PAFA, Datuk G Irudianathan selaku penolong pengurus pasukan
berkenaan.
"Ya, kita sudah buat pelantikan baharu
bagi posisi pengurus skuad Liga Super Perak iaitu Adly menggantikan Ahmad
Shahrul dan juga Irudianathan selaku penolong pengurus.
"Pelantikan ini adalah sepanjang saingan
Piala Malaysia yang akan bermula Sabtu ini apabila skuad Seladang menentang
FELCRA FC di Stadium Perak," katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hasnul berkata, pelantikan
berkenaan berkuatkuasa hari ini dan akan berterusan hingga ke akhir musim.
Hasnul Zulkarnain berkata demikian sebagai
mengulas surat daripada PAFA kepada bekas pemain kebangsaan itu yang bertarikh
30 Julai mengenai penamatan tugasannya selaku pengurus Liga Super.
Ironinya, pelantikan itu ibarat satu percubaan
kerana menurut Presiden PAFA itu, mereka akan melihat sejauh mana pencapaian
pasukan terutama pengurus serta penolong pengurus yang baharu dilantik di
sepanjang kempen Piala Malaysia kali ini.
Katanya, penilaian akan dibuat berdasarkan
kepada prestasi pasukan dalam saingan piala yang menjadi lambang keagungan bola
sepak negara itu.
"Kita ingin melihat pencapaian mereka
dalam Piala Malaysia musim ini. Kalau tunjuk komitmen bagus dan pasukan boleh
pergi jauh, mungkin khidmat mereka akan kita kekalkan.
"Apa pun, kita ingin melihat perlawanan
pertama dengan FELCRA FC dahulu macam mana. Kalau perlu mungkin kita akan
adakan sidang media kemudian," katanya.
Tindakan itu menimbulkan reaksi dalam kalangan
penyokong khususnya peminat setia bekas kapten Perak itu yang tidak berpuas
hati dengan keputusan itu.
Awal minggu ini, PAFA menamatkan perkhidmatan
Ahmad Shahrul selaku setiausaha persatuan itu dan melantik Naib Presiden II,
Abd Aziz Yeop Jamaluddin ke jawatan itu.[i]
[i] SUKAN»Bola
Rabu, 1 Ogos 2018 | 9:03pm
Cari Kata Kunci
AHMAD Shahrul Azhar Sofian
Adly Shah pengurus baru Perak
Oleh Azizan Hashim
sukanteam@nstp.com.my
KONGSI ARTIKEL
Share
Tweet
IPOH: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak
(PAFA), Datuk Adly Shah Ahmad Tah dilantik sebagai pengurus baharu skuad Liga
Super menggantikan Ahmad Shahrul Azhar Sofian mulai hari ini.
Pelantikan itu
disahkan oleh Presiden PAFA, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, ketika diminta
mengulas mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan peminat skuad Perak itu.
Hasnul
Zulkarnain juga mengumumkan pelantikan Naib Presiden III PAFA, Datuk G
Irudianathan selaku penolong pengurus pasukan berkenaan.
"Ya, kita
sudah buat pelantikan baharu bagi posisi pengurus skuad Liga Super Perak iaitu
Adly menggantikan Ahmad Shahrul dan juga Irudianathan selaku penolong pengurus.
"Pelantikan
ini adalah sepanjang saingan Piala Malaysia yang akan bermula Sabtu ini apabila
skuad Seladang menentang FELCRA FC di Stadium Perak," katanya di sini hari
ini.
Mengulas lanjut,
Hasnul berkata, pelantikan berkenaan berkuatkuasa hari ini dan akan berterusan
hingga ke akhir musim.
Hasnul
Zulkarnain berkata demikian sebagai mengulas surat daripada PAFA kepada bekas
pemain kebangsaan itu yang bertarikh 30 Julai mengenai penamatan tugasannya
selaku pengurus Liga Super.
Ironinya,
pelantikan itu ibarat satu percubaan kerana menurut Presiden PAFA itu, mereka
akan melihat sejauh mana pencapaian pasukan terutama pengurus serta penolong
pengurus yang baharu dilantik di sepanjang kempen Piala Malaysia kali ini.
Katanya,
penilaian akan dibuat berdasarkan kepada prestasi pasukan dalam saingan piala
yang menjadi lambang keagungan bola sepak negara itu.
"Kita ingin
melihat pencapaian mereka dalam Piala Malaysia musim ini. Kalau tunjuk komitmen
bagus dan pasukan boleh pergi jauh, mungkin khidmat mereka akan kita kekalkan.
"Apa pun,
kita ingin melihat perlawanan pertama dengan FELCRA FC dahulu macam mana. Kalau
perlu mungkin kita akan adakan sidang media kemudian," katanya.
Tindakan itu
menimbulkan reaksi dalam kalangan penyokong khususnya peminat setia bekas
kapten Perak itu yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu.
Awal minggu ini,
PAFA menamatkan perkhidmatan Ahmad Shahrul selaku setiausaha persatuan itu dan
melantik Naib Presiden II, Abd Aziz Yeop Jamaluddin ke jawatan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan