Ahad, 29 Disember 2019

Kapten Seladang kena gantung 4 bulan


ARKIB : 18/03/2006
Ads by Kiosked 
AHMAD Shahrul Azhar Sofian sempat tersenyum kepada wartawan dan jurugambar yang menunggu keputusan kesnya di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

PETALING JAYA - Ketua pasukan Perak, Ahmad Shahrul Azhar Sofian digantung empat bulan dan denda RM2,000 atas tuduhan pindaan kerana bertindak di luar jangkaan ketika perlawanan Liga Super menentang MPPJ, 31 Disember lalu.

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat semalam, membuat keputusan itu selepas tiga kali membincangkan kes tersebut.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Abdul Hamid Mustafa bagaimanapun menafikan keputusan tersebut dibuat kerana tunduk dengan desakan penyokong Perak tetapi dibuat berdasarkan fakta semata-mata.

``Ahmad Shahrul sendiri hadir pada hari ini (semalam) dan mengaku salah atas tuduhan pindaan tersebut.

``Oleh itu Jawatankuasa Tatatertib mendapati beliau bersalah di bawah Perkara 4 Para 5 Peraturan FAM,'' katanya.

Perkara 4 Para 5 menyebut: Pemain-pemain yang semasa bermain dalam mana-mana perlawanan setelah diperintah keluar padang kerana melanggar undang-undang bola sepak dan kemudiannya melakukan kesalahan lagi semasa diperintah keluar semasa atau selepas perlawanan, ia akan dihukum seperti perlawanan berlainan.

Sehubungan itu, kata Abdul Hamid, di bawah Sekyen 18 Peraturan FAM, Jawatankuasa Tatatertib diberi kuasa menetapkan hukuman ke atas Ahmad Shahrul.

Sebelum ini pada perbicaraan pertama kes tersebut pada 6 Januari lalu, Ahmad Shahrul dikenakan hukuman di bawah Peraturan 7(a).

Mengikut peraturan 7(a), pemain yang diperintah keluar padang dan menerima kad merah oleh pengadil kerana berkelakuan ganas terhadap pengawai perlawanan secara automatik dihukum penggantungan 12 bulan dan denda RM3,000.

Bagaimanapun pada 7 Februari lalu, Jawatankuasa Rayuan FAM mendapati Shahrul tersilap dikenakan tuduhan oleh Jawatankuasa Tatatertib berhubung perlawanan menentang MPPJ di Stadium Perak, Ipoh.

Menurut Jawatankuasa Rayuan, rakaman video menunjukkan Ahmad Shahrul tidak berlaku ganas terhadap pengadil dan hanya menyentuh dadanya sekali gus tidak adil untuk menggantung dan mendendanya.

Berikutan itu, tuduhan ke atasnya dipinda di bawah Peraturan 6(a). Selepas tiada keputusan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib pada 9 Mac lalu, semalam segala-galanya telah terjawab.

Ahmad Shahrul sebelum ini telah pun dikenakan hukuman gantung tiga perlawanan dan denda RM1,000 oleh Jawatankuasa Rayuan kerana menyiku pemain MPPJ, Rachid Zmama dalam perlawanan yang sama.

Keputusan semalam adalah hukuman kedua dikenakan ke atasnya yang berkuatkuasa mulai 6 Januari lalu.

Ini bermakna Ahmad Shahrul hanya boleh beraksi semula dalam saingan Liga Super selepas 5 Mei ini.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4koTvXNBC
© Utusan Melayu (M) Bhd


Ahad, 22 Disember 2019

AHMAD SHARUL AZHAR 2009


PENJARING 3 GOL LP 2009
Pemain
Pasukan
Gol
K. Gurusamy
3
Gary Steven Robbat
3
Norisham Hassan
3
Faizul Hussin
3
3
Raja Md Hafillah Raja Mamat
3
Wan Zack Haikal
3
Raja Gopal Tharumarajah
3
3
Venice Elphie Danny Kayya
3
Johari Ahmad
3.[i]


[i] https://ms.wikipedia.org/wiki/Liga_Premier_Malaysia_2009

PEMAIN VETERAN MALAYSIA LIGA SUPER DAN LIGA PERDANA 2008

OLEH AHMAD YAAKOB
 Pemain berpengalaman Liga Super dan Liga Perdana yang masih beraksi walaupun telah berusia 30-an. Antaranya Mohd Noor Derus 33 tahun, Sapian Wahid 34, Rosdi Talib 32, Azizul Kamluddin 36, Zuraimi Hassan 35, Zailani Jaafar 34,Mohd Nazaruddin Zain 33, Tengku Hazman 31, Manzoor Azwira 32, Zainuddin Ariffin 34, Mohd Faizal Esahar 31, Mohd Hamsani Ahmad 32, Chan Wing Hoong 31, Ahmad Shahrul Azhar 34, K. Nanthakumar 31, Khalid Jamlus 31, A. Victor 32, Badrul Afzan Razali 32, Rafdi Rashid 31.[1]
______________________
[1] Malaysia Super League, Berita Harian Khamis 12 Februari 2008, hlm.6.

Ahad, 24 November 2019

PENJARING LIGA SUPER 2008


5 GOL
Azlan Ismail PDRM         
Walter Ariel Silva   Johor FC     
Hasmawi Hassan    Kedah
Rosmin B. Hj. Mohd Kamis        DPMM FC Brunei 
Ahmad Shahrul Azhar       Perak 
4 GOL
Effendi Abd Malek N.Sembilan NAZA
Mohd Nizaruddin Yusof    Perlis
Joseph Kalang Tie  Sarawak      
Fabio Flor De Azevedo     Terengganu  
Ahmad Latiff Khamarudin PDRM
Hairuddin Omar      Pahang                  
3 gol
Akmal Rizal Ahmad Rakhli         Selangor      
Eddy Helmi Abd Manan    Johor FC     
Nelson Marcello Sam Martin       Kedah
Mohd Ezaidy Mohd Khadar        Johor FC     
Mohd Farizal Rozali           P.Pinang    
Lamin Conteh         N.Sembilan NAZA
Indra Putra Mahayuddin    Selangor      
Rudie Ramli Perlis 
Mohd Amri Yahya  Selangor      

MALAYSIA LIGA SUPER 2008


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
 Pemain berpengalaman Liga Super dan Liga Perdana yang masih beraksi walaupun telah berusia 30-an. Antaranya Mohd Noor Derus 33 tahun, Sapian Wahid 34, Rosdi Talib 32, Azizul Kamluddin 36, Zuraimi Hassan 35, Zailani Jaafar 34,Mohd Nazaruddin Zain 33, Tengku Hazman 31, Manzoor Azwira 32, Zainuddin Ariffin 34, Mohd Faizal Esahar 31, Mohd Hamsani Ahmad 32, Chan Wing Hoong 31, Ahmad Shahrul Azhar 34, K. Nanthakumar 31, Khalid Jamlus 31, A. Victor 32, Badrul Afzan Razali 32, Rafdi Rashid 31.[1]



[1] Malaysia Super League, Berita Harian Khamis 12 Februari 2004, hlm.6.

Sabtu, 23 November 2019

Sudah tidak bererti lagi


ARKIB : 05/08/1999

PEMAIN negara, Rusdi Suparman (no.9) rebah selepas dibentes oleh pemain pertahanan Kemboja, Choun Maline pada perlawanan bola sepak kumpulan B Sukan SEA XX Brunei, semalam. Malaysia menang 7-2.


MALAYSIA seperti melepas geram sesudah diaibkan Indonesia kelmarin apabila membelasah Kemboja yang bermain sembilan orang, 7-2 pada perlawanan kumpulan B, bola sepak Sukan SEA XX Brunei di Stadium Balapan dan Padang, semalam, lapor JOHARI SHAWAL.
Namun, kemenangan besar itu tidak membawa makna apabila Singapura turut menang 3-1 ke atas Brunei pada satu lagi perlawanan kumpulan B di Kompleks Sukan Berakas.
Kejayaan Singapura menutup terus pintu skuad negara ke separuh akhir.
Malaysia hanya akan beraksi pada perlawanan terakhir menentang Brunei esok sebagai pelengkap jadual selain misi membersihkan imej.
Pemain tengah, Ahmad Shahrul Azhar menjaringkan hatrik manakala penyerang Wan Rohaimi Ismail dan Rusdi Suparman masing-masing menyumbangkan dua gol untuk Malaysia mencatat kemenangan sulung dalam temasya edisi ke-20 ini.
Begitupun, kemenangan besar sekalipun masih memperlihatkan kepincangan barisan pertahanan negara yang memboloskan dua gol mudah.
Ketika skuad negara mendahului 2-0 seawal minit pertama dan kelapan menerusi Wan Rohaimi dan Ahmad Shahrul, barisan pertahanan masih leka apabila Kemboja membuat kejutan.
V. Murugan yang diturunkan mengawal gawang kali ini tidak mampu mengekang jaringan Hok Sochentra minit ke-17 dan Chan Arunreath (36), mujur Ahmad Shahrul mematikan rentak Kemboja dengan jaringan ketiga sebelum tamat babak pertama.
Ternyata corak permainan skuad negara masih sama dengan pertemuan dengan Indonesia kelmarin cuma Kemboja gagal memberikan saingan setelah kehilangan dua pemainnya yang dilayangkan kad merah pada babak kedua.
Malaysia sepatutnya mendapat jaringan lebih besar tetapi pemain kelihatan tidak berminat. Banyak peluang disia-siakan di depang gol dan Wan Rohaimi - yang berpeluang mencatat hatrik sesudah gol kedua peribadinya minit ke-71 dan kelima Malaysia - menyepak tinggi bola sepakan penalti yang dihadiahkan pada minit ke-85.
Sebelum itu, Rusdi yang masuk menggantikan Ahmad Shahruddin Rosdi pada minit ke-65, bagaimanapun lebih bernasib baik apabila sentuhan pertamanya apabila menguis masuk bola umpanan silang Syamsul Amri Abu Bakar.
Sesudah gol kelima Malaysia hasil jaringan Wan Rohaimi, Rusdi sekali lagi menemui sentuhan dengan rembatan leret untuk gol kedua minit ke-81 dan keenam Malaysia.
Ahmad Shahrul, yang mendapat pujian Abdul Rahman Ibrahim atas aksi bagusnya sepanjang perlawanan itu, menjaringkan gol ketujuh seminit sebelum tamat perlawanan. - Utusan

Malaysia 0 Indonesia 6


PEMAIN Malaysia tertunduk muram selepas dibelasah teruk 0-6 oleh Indonesia pada perlawanan bola sepak kumpulan B Sukan SEA XX Brunei di Stadium Balapan dan Padang, Bandar Seri Begawan, semalam.


TUAH yang diharap, bala pula yang menimpa. Begitulah nasib skuad bola sepak Malaysia apabila dibelasah teruk 6-0 oleh Indonesia pada bola sepak Sukan SEA XX Brunei semalam, sekali gus menguburkan impian besar skuad negara untuk melangkah ke separuh akhir.
Kekalahan terbesar pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Balapan dan Padang itu, adalah yang pertama dalam sejarah pertemuan dengan Indonesia dalam Sukan SEA sejak 1977.
Sebelum ini, Malaysia tewas 0-4 kepada skuad republik itu pada temasya 1997 di Jakarta dalam perlawanan kumpulan. Kini Malaysia sudah boleh dianggap menempah kegagalan kali kelima berturut-turut untuk ke separuh akhir dalam Sukan SEA sejak 1991.
Dua gol awal Indonesia dalam tempoh sepuluh minit permainan menerusi Hariyanto Prasetyo dan penyerang lincah, Rochi Putiray, dianggap detik kemusnahan skuad negara yang mempamerkan persembahan tidak bermaya sepanjang perlawanan.
Biarpun berjaya mengekang Indonesia dengan dua gol pada babak pertama itu, Malaysia tidak berupaya menahan asakan menggila Indonesia yang mudah menambah empat gol lagi pada babak kedua.
Pemain pra-Olimpik Indonesia, Bambang Pamungkas menyumbangkan dua gol berturut-turut dalam tempoh tujuh minit selepas babak kedua baru bermula enam minit, sebelum Ali Sunan menambah derita skuad negara dengan gol kelima 20 minit selepas itu.
Putiray menghentikan 'hukuman' ke atas Malaysia dengan jaringan penutup enam minit sebelum tamat permainan untuk Indonesia mencatat sejarah tersendiri berkenduri gol ke atas Malaysia buat pertama kali.
Anak buah Abd. Rahman jelas tidak mampu menyaingi pemain 'Indonesia yang beraksi pantas dengan sistem yang teratur, hasil percaturan jurulatih dari Jerman, Bernhard Schumm.
Kepantasan dan kelicikan pemain Indonesia yang menguasai bahagian tengah melancarkan lagi jentera serangannya mengenakan hukuman setimpal dengan kerapuhan benteng Malaysia.
Skuad negara hanya meyakinkan dalam tempoh lima minit pertama permainan tetapi tiba-tiba hilang rentak apabila banyak membuat kesilapan di bahagian pertahanan.
Kesilapan pertama pada minit kelima mengundang padah apabila sepakan percuma yang dihadiahkan di luar kotak penalti Malaysia tidak disia-siakan Heriyanto yang membuat tendangan lencong tepat ke penjuru gawang Malaysia, langsung gagal dikuis Azmin Azram Aziz untuk gol pembukaan Indonesia.
Tiga minit kemudian, Rochi yang menjadi tumpuan sepanjang permainan, langsung tidak dikawal mudah menanduk masuk gol kedua.
Malaysia bagaikan diperbudak-budakkan apabila langsung gagal memegang lama bola apalagi mencipta peluang.
Barisan pemain tengah Yap Wai Loon, B. Rajinikandh dan Ahmad Shahrul Azhar langsung tidak dapat menggerakkan serangan, menjadikan dua penyerang, Azizul Kamaluddin dan Wan Rohaimi lebih banyak berlari mengejar bola.
Kawalan pemain yang longgar, hantaran yang tidak tepat merupakan faktor utama skuad negara bagaikan sebuah pasukan kelab amatur. Empat gol pada babak kedua menerusi Bambang, Ali dan Putiray bagaikan lanjutan hukuman ke atas kegoyahan benteng Malaysia.
Kegagalan skuad negara boleh dianggap menutup terus peluang untuk ke separuh akhir, kecuali kemenangan dalam dua lagi perlawanan menentang Kemboja (Rabu) dan Brunei (Jumaat) sambil mengharapkan sesuatu berlaku ke atas Singapura dan Indonesia.
MALAYSIA: Azmin Azram Aziz, V. Thinagaran, Abdul Ghani Malek, Khairul Anuar Baharom (M. Karunakaran), Nazri Yunos (Asmawi Bakiri), B. Rajinikandh, Yap Wai Loon, Ahmad Shahrul Azhar, Wan Rohaimi Ismail (Rusdi Suparman), Azizul Kamaluddin.
INDONESIA: Komang Putra, Aji Santoso (Anang Ma'ruf), Acung Setiyabudi, Sugi Yantoro, Eko Purjianto, Ali Sunan, Hariyanto Prasetyo (Uston Nawawi), Andrian Mardiansyah, Nur Alim, Bambang Pamungkas (Widodo Chahyono Putro), Rochi Putiray.
Sementara itu di Kompleks Sukan Berakas, Kemboja berjaya mengikat tuan rumah 3-3 dalam satu lagi perlawanan kumpulan B. - Utusan

Strategi Rahman mula berhasil


ARKIB : 11/07/1999
KESAN perubahan terpapar pada corak permainan skuad bola sepak negara biarpun terpaksa tunduk 0-1 kepada kelab Samarkhand pada perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Dynamo Strorim, Uzbekistan kelmarin.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kuala Lumpur semalam, jurulatih skuad negara, Abdul Rahman Ibrahim berkata pemainnya tampak mulai memahami kemahuannya dengan mempamerkan corak pantas seawal permainan.
''Penguasaan bola kedua-dua pasukan setara. Namun pemain negara cepat menyesuaikan diri dengan cuaca panas kering di sana dengan bermain secara pantas.
''Kita unggul di babak pertama malah seringkali mengancam kubu lawan,'' ulas Rahman mengenai perlawanan yang disaksikan oleh kira-kira 20,000 penonton itu.
Sayangnya, kata Rahman, terjahan pemain negara, Khairul Annuar Baharom seawal minit kelapan mendorong pemberian sepakan penalti yang menghasilkan gol Samarkhand.
''Skuad negara cuba memberikan tekanan pada babak kedua namun kekangan benteng lawan yang ketat selain aksi lasak mereka menyekat sebarang usaha mencari jaringan,'' katanya.
Malaysia kini dalam rangka lawatan ke Uzbekistan selama 10 hari sambil mengadakan tiga perlawanan persahabatan termasuk menentang skuad kebangsaan negara itu.
Samarkhand merupakan naib juara liga Uzbekistan.
Kelmarin, Malaysia menurunkan V. Murugan selaku penjaga gol sambil dibantu oleh V. Thinagaran, Khairul, Nazri Yunos, Syamsul Amri Bakar dan Shahrulnizam Sahat di barisan belakang.
Rizal Sukiman, S. Saravanan dan Shahrul Azhar Sofian membarisi bahagian tengah selain Rahman turut mencuba gandingan Azizul Kamaluddin dan Rusdi Suparman sebagai penyerang.

Rabu, 6 November 2019

Penjaring Gol 2005/06

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
LIMA BELAS GOL
Shahrazain Said      DPMM FC   1
DUA BELAS GOL
Marlon Alex James KEDAH      
Keita Mandjou        PERAK       
SEMBILAN GOL
Phillemon Chepita   PERLIS       
Azlan Ismail PERLIS       
LAPAN GOL
Mohd Khalid Jamlus         PERAK       
Frederico Dos Santos        NEGERI SEMBILAN      
TUJUH GOL
Walter Silva  JOHOR FC  
Sharlei Miranda      TERENGGANU    
ENAM GOL
Che Hisamuddin Hasan     TERENGGANU    
Richard Trivitzer     MELAKA   
Mohd Amri Yahyah          SELANGOR
LIMA GOL
Farizal Razali         PENANG    
Patrick Volf  MELAKA   
EMPAT GOL
Shafiq Jamal KEDAH      
Rashid Mamud       PAHANG    
Viban Francis Bayong       DPMM FC  
Akmal Rizal Rakhli SELANGOR
Robert Eshun          SARAWAK
Norhafiz Zamani Misbah   PAHANG    
Ahmad Shahrul Azhar       PERAK       
Chaswe Nsofwa      TELEKOM FC      
Khyril Muhymeen Zamri   KEDAH      
Zamri Murshidi       SARAWAK
TIGA GOL.
Jalalluddin Jaafar    PAHANG    
Fahruzzahar Ali      JOHOR FC  
Romeo Kambe        SARAWAK
Ahmad Fauzi Shaari          KEDAH      
Farderin Kadir        MELAKA   
Mohd Fadzli Saari   SELANGOR.[1]

Ahad, 3 November 2019

N. Sembilan ikut jejak Sabah


ARKIB : 08/11/1998
NEGERI Sembilan menempah tiket ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia apabila menewaskan Kuala Lumpur 3-1 di Stadium Paroi malam tadi.
Keputusan pada perlawanan itu sekali gus memadamkan impian Kuala Lumpur malah pasukan itu tersingkir daripada kempen Piala Malaysia musim ini.
Gol kemenangan Negeri Sembilan diperoleh menerusi pemain Zami Mohd. Noor pada minit ke-9 dan 41 manakala gol terakhir Negeri Sembilan menerusi A. Ganeson pada minit ke-73.
Sementara itu, gol sagu hati Kuala Lumpur pula diperoleh pada minit ke-47 menerusi G. Muthu.
Gol Skuad Rusa berpunca daripada sepakan percuma yang diambil oleh Faizal Zainal terus ke gawang.
Namun penjaga gol Kuala Lumpur Azmin Azram yang cuba mendakap bola terlepas daripada genggaman dan Zami yang berada di dalam kotak penalti terus merembat kencang menggegar jaring.
Skuad Kuala Lumpur yang bermain dengan strategi off sideternyata agak berkesan tetapi kesilapan menjatuhkan pemain Negeri Sembilan Sharul Akram membolehkan Negeri Sembilan memperoleh sepakan percuma dari jarak 20 meter.
Faizal melorong bola ke Pedro Olievera ke dalam kotak penalti, Pedro yang tidak dikawal membuat hantaran lintang ke arah Zami sebelum bola dikuis masuk.
Kuala Lumpur memperoleh gol pertama mereka menerusi G. Muthu yang berjaya memperdayakan Yazid dalam gerakan solo akibat daripada kecuaian pemain pertahanan Negeri Sembilan, Khairil Zainal.
Sorakan padu oleh 7,000 penyokong Negeri Sembilan ternyata membakar semangat anal-anak buah M. Karathu untuk mencipta serangan demi serangan ke arah kubu Kuala Lumpur.
Pada minit ke-73, pemain pertahanan Ganeson menambah kedudukan Negeri Sembilan apabila menyumbang gol ketiga.
NEGERI SEMBILAN: FAIZAL zainal, B. Rajnikandh, Ching Hong Aik, Pedro Oliveira, ahmad shahrul, Zami Mohd. Noor, Khairil Zainal, Shamsul akmar, Effandy Abdul Malek, Mohd. Yazid Mohd. Yassin.
KUALA LUMPUR: Azmin Azram, Azlan Meri, Ahmad Faizal, M. Karunakaran, P. Saravanan, Adilson Roque, G. Muthu, Azmir Noor Hakim, S. Paidiya Rao, Azlan Hussin, Liew Kim Tu.