ARKIB : 23/10/2006
Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
IPOH Ketua Pasukan Perak,
Ahmad Shahrul Azhar, 32, umpama kelapa yang semakin tua, semakin banyak
santannya membuatkan tenaganya masih diperlukan dalam Liga Super yang bermula
16 Disember depan.
Shahrul yang menjadi perancang
utama di bahagian tengah Seladang merupakan di antara 18 pemain yang terpilih
untuk membawa cabaran Perak kelak.
Ketua Pasukan itu pernah
melalui detik-detik pahit apabila digantung selama empat bulan apabila berlaku
pergeseran dengan pemain Majlis Perbandaran Petaling Jaya ( MPPJ ), Rachid
Zamama dan pengadil permainan pada 31 Disember 2005 lalu.
Ketiadaan Shahrul memeningkan
jurulatih, Steve Darby bagi melakukan percaturan di bahagian tengah yang mana
pemain import dari Burkina Faso, Traore Abdoulaye dipilih mengisi kekosongan
tersebut.
Namun begitu, Darby masih tidak
berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh Abdoulaye bersama-sama
Wong Sai Kong dan Danial Fadzly semasa mengungguli bahagian tengah itu.
Kehadiran semula bekas pemain
MPPJ, Yusri Che Lah yang juga pakar di bahagian tengah digandingkan dengan
Shahrul akan membuatkan bahagian tengah Seladang lebih berbisa bagi musim
2006/2007 akan datang.
Yusri dan Shahrul pernah
digandingkan bersama-sama di bahagian tengah sebelum perpindahan Yusri ke
Perlis pada tahun 2003 yang lalu.
Pemilihan Shahrul bagi musim
2006 / 2007 telah menjadikannya sebagai pemain yang paling lama menyarung jersi
Perak.
Ketua Pasukan itu mula beraksi
dengan skuad Seladang pada tahun 1994 dan berpindah untuk beraksi bersama-sama
Negeri Sembilan pada tahun 1998.
Namun begitu, beliau kembali
semula menyarung jersi Seladang pada tahun 2000 lalu di bawah bimbingan Tony
Netto.
Ketua Pasukan Perak tersebut
pernah beraksi bersama-sama pasukan kebangsaan antara tahun 1997 hingga 2002.
Naib Presiden Persatuan Bola
Sepak Perak ( PFA ), Datuk Muhammad Mahiyuddin Abdullah berkata Shahrul masih
mampu membantu Perak walaupun umurnya semakin meningkat.
Saya berharap Shahrul akan
menjadi mentor ' kepada pemain-pemain muda kerana pengalamannya yang begitu
luas, jelas
Perak telah menyenaraikan
semula penjaga gol muda Md. Nasril Nourdin dan penjaga gol berpengalaman, Mohd
Hamsani Ahmad bagi mengawal gawang Seladang kelak.
Pertahanan import, Vedran Kukoc
akan dibantu oleh dua bekas pertahanan MPPJ, K. Nantha Kumar, Chan Wing Hoong,
serta S. Subramaniam, Mohd Khairi Zainuddin, Ahmad Azlan Zainal, K. Yoganathan
dan G. Saravanakumar akan memantapkan benteng pertahanan.
Selain gandingan Shahrul dan
Yusri, bahagian tengah turut disertai oleh Wong Sai Kong, M. Ravinthiran,
Danial Fadzly, Shahrul Nizam Mustafa dan Traore Abdoulaye.
Pemenang Kasut Emas, Keita
Mandjou sudah pasti akan digandingkan dengan bekas pemain Selangor, Mohd Khalid
Jamlus serta Harizul Izuan Abd Rani, K. Yoganathan dan R. Surendren di barisan
serangan kelak
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1023&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4s5RkekrJ
© Utusan Melayu (M) Bhd